. marriage is not a bisnes .



BAKAL MERTUA: "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. 
Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye . . "

BAKAL MENANTU: "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye.Kalau 
terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. 
Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "

BAKAL MERTUA: "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku.
 Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap."

BAKAL MENANTU: "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. 



Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus, anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!

:: perkahwinan tu bukan perniagaan ♥ : D

jangan.sesekali.kamu :(


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaannya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...

Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...


hak milik cik iera