Menyingkap kisah di sebalik Ngangkung, ia bermula apabila tiga sahabat Azim, Wan dan Tasnim yang menjalani kehidupan dengan latar sederhana dan mempunyai masalah tersendiri mula mencari punca pendapatan sampingan demi meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing.
Azim seorang bapa yang penyayang mula terjebak dengan aktiviti yang dilakukan oleh Tasnim dan Wan demi memastikan kesempurnaan hidup isteri dan anaknya.
Di antara mereka bertiga, Tasnim dilihat berjaya mengubah cara hidupnya hasil daripada kemenangan nombor ekor.
Wan pula sanggup meminjam wang daripada ah-long semata-mata untuk membeli nombor ekor.
Bermula dengan niat sekadar ingin melihat aktiviti ngangkung oleh rakan-rakannya, Azim akhirnya tewas dengan hasutan Wan dan Tasnim.