Pokok itu,
asalnya daripada benih,
ditanam nun di dalam bumi berpijak,
tidak dihidupnya, mengembangkan dirinya di alam fatamorgana,
melainkan ada penolongnya,
sang air dan sang matahari.
Lalu apabila dibantu,
maka terbanglah sayap sang pokok itu,
mencari kehidupan.
Walaupun perit,
dengan derasan angin,
perlakuan sumbang haiwan-haiwan,
kilat menyambar dirinya,
namun ditabahkan hatinya untuk berdiri teguh,
merendahkan dirinya menghadap takdir kehidupan.
Apabila sudah lahirnya anak bunga,
menguncup sayu,
mengindahkan dunia sang pokok.
Disemainya dengan sang air dan sang matahari,
Menari biaklah anak bunga itu,
Seolah-olah alpa dengan urusan hidupnya.
Tetapi,
datang si lebah untuk menguntum si bunga,
diberilah manisnya,
kerana anak bunga tersedar,
bagaimana sejarahnya dilahirkan,
susah payah sang pokok berhempas-pulas,
melawan arus-arus dunia.
Anak bunga juga tersedar dari lamunan,
yang dia patut berhijrah,
demi melahirkan generasinya,
di bumi bertuah ini.
Ditolaklah generasi-generasi anak bunga,
dengan angin,
dan akhirnya,
berkembang biaklah generasi sang pokok,