who i am part 1



firstly, cik iera nk tye korg chat x? klu xchat, jgn lupe mkn ubat eh! cik iera nk post entri jgk hri ni.xnk bce sile pergi ye.shuhh shuh.amboi garang pulakk dh.haha.

dh bace kn tajuk post yg mmg bajet gempak tuh.HAHA.msti korg phm kn klu bce tajuk post uh.alaa, cik iera nk ckp psl diri sndiri lah.eh eh.prasan retis pulak dh.adesss.  >.<

the way who i am . muahaha   : p



1) slh seorang p'online yg tegar.klu duk mngadap lappy uh.hado la berjam-jam.aishh.


2) sgt suke membaca.xkesah buku ape pon bole termasuklah novel,majalah,buku sekolah.eh eh.sekolah lagi er?xlaa.rjin la sgt nk bce buku skolah kn.zaman skolah dlu pon pmalas jgk.malumalu.


3) suke tido.sumpah.mls ckp byk.muahaha.




4) seorang yang pemalu.penyegan.ala shy-shy cat. : D




5) sangat sangat suke bile dapat hadiah.sape yg tak suke dapat hadiah sile ngaku cepat?xyh malu nk gtao.cepat cepat.HAHA.








 #cik iera jnji akan sambung entri lepas blik dari kampung.insyaAllah.kesian.eh eh.sekian.

wordless WEDNESDAY !

HAPPY BIRTHDAYY sis !









cik iera nk wish HAPPY BIRTHDAY & SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN buat along tersyg aka my sis ! along, ingat eh umo da msuk 25 taon da.hukhuk.jgn lupe tuh.semoga bertambah matured lahh ye.HAHA.syg awk laaa.aawww. *malu*  >.<




gamba di ambil tanpa pengetahuan empunya diri . MUAHAHA .



mcj celcom rupenyee ! grrr~~



perkare mcm nie selalu jdik kt cik iera . satu hari uh, cik iera tgk mcj kt enset ble ade mcj msuk la kn . tgk2 mcj dari celcom laaa . mcj celcom offer lah . kdg2 berlari kot tgk mcj . ingat ade org nk usha er kan. hukhuk. sekali tgk, mcj celcom daa . mcm grrr~~





#korg pernah kne mcm uh x ?? angguk eh klu ye ! kbai. :)

RINDU



"Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. 
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah MERINDU dan cemburu."
cinta dan RINDU...~
tak dapat di pisahkan....


TAPI ,
Ya ALLAH... RINDU ini tidak halal...




Bila RINDU kembali menjengah diri,
Ku tatap gambar wajah mu,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa hatiku makin sayu,
Begitu terasa mataku makin pedih,
Begitu terasa pipiku mudah dibasahi hujan...


Adakah ini rasa ini ‘cinta’?
Atau ianya adalah ‘petaka’? ,
kerana RINDU ini RINDU yang memusnahkan,RINDU ini RINDU yang mencemarkan,
Kerana RINDU ini RINDU yang tidak halal untukku,
Kerana RINDU ini boleh mengundang dosa.


Dahulu,
Jika RINDU yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika RINDU yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahu rasa ini,
Aku tak mahu RINDU ini,
Aku tak mahu RiNDU yang tak halal ini...RINDU ini yang telah melalaikanku dari mengingati-Mu,RINDU ini yang menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,RINDU ini yang membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,RINDU ini yang membinasakan cinta suci hamba-Mu.


Rabbi,
Jangan kau benarkan RINDU ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan RINDU ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari ‘petaka’ RINDU
 ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi. :)

cinta






"Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita."

Sesungguhnya Jodoh itu rahsia Allah  (^_^)

^ ^



" Tulang rusuk Adam yg hilang, biarlah dia yg mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yg mencari Adam. Krn kamu tetap tulang rusuknya yg hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam  yg dtg itu adalah Adam yg beragama, beramal dgn agamanya dan mempunyai akhlak yg baik. Dgn kata lain dpt membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga. " ^ ^

speechless

“Always choose to heal, not to hurt, to forgive not to despise, to persevere not to quit, to smile not to frown, and to love not to hate! At the end of life, what really matters is not what we bought, but what we built, not what we got, but what we shared, not our competence but our character, and not our success but our significance. Live a life that matters. Live a life that cares… and be Yourself!”


♥ There is no better friend than a friend who reminds you to pray, reminds you of Allah, and increases your iman.


✿ Jangan putus asa untuk BERUBAH menjadi hamba Allah SWT yang BAIK..baik di sini adalah baik mengikut neracaNya, BUKAN mengikut neraca manusia semata-mata, jangan putus asa kerana Allah itu Maha Pengampun..jika JATUH, jika TERSUNGKUR, jika TERTEWAS di tengah usaha, jangan sesekali berhenti untuk BANGUN SEMULA..sesungguhnya Allah mengira USAHA kita, bukan natijahnya ✿



 Syaitan ketawa apabila anda bercinta SEBELUM nikah.

Tapi kan...


 Syaitan menangis apabila anda bercinta SELEPAS nikah. (◕‿◕)

✔ Pilihlah cinta SELEPAS nikah. Kenapa? Kerana ia cinta yang suci. Diikat dengan ikatan sehidup semati.

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Wahai lelaki, jangan sekali² kamu menyentuh wanita yang bukan mahrammu kerana ia satu penghinaan
 kepadanya. Jadilah kamu LELAKI SOLEH, aman dunia (^‿^).

✿  Wahai wanita pula, jangan sekali² kamu biarkan dirimu itu dihina. Kamu kan ada kuasa menolak.Jadilah 
insan yang bermaruah & sebaik² perhiasan dunia --> "WANITA SOLEHAH", tenang rumahtangga (◠‿◠) ✿

~♥ NIKAH itu kan SUNNAH, so nikahlah ツ.

NO couple, YES nikah ! ツ

sebab kenapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu menjadi isteri




1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu
2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)
3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya.
Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……”
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.
4. Terapi melepaskan tekanan
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.
Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.
5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)
6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!”
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!
Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri.
Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

new quote




nothing




. marriage is not a bisnes .



BAKAL MERTUA: "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. 
Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye . . "

BAKAL MENANTU: "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye.Kalau 
terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. 
Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "

BAKAL MERTUA: "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku.
 Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap."

BAKAL MENANTU: "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. 



Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus, anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!

:: perkahwinan tu bukan perniagaan ♥ : D

jangan.sesekali.kamu :(


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaannya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...

Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...


busy lately ney

salam sume~

soryy laa xdpt nk update belog cam slal0 coz cik iera cbok ngn esaimen yg berlambak tuh .
xdpt nk reply komen n x blogwalking lg ke blog yg singgah blog cik iera .
insyaAllah ade mse cik iera blogwalking ya !
tq atas sume yg msih support saye smpai skrang ! < ayat cam artis lak. HAHA > ^ ^



bye bye bye

computer tips

’Enter’ the masjid,
‘Forward’ your solat,
‘Download’ pahala,
‘Firewall’ your iman,
‘Backspace’ from syaitan,
‘Bookmark’ to ALLAH SWT,
’Delete’ ALLAH’s enemies,
‘Copy paste’ from the Al-Qur’an & Sunnah,
‘Help’ your muslim brothers n sisters,
‘File’ ur amal,
‘Edit’ ur akhlaq
‘View’ your good & bad deeds,
‘Search’ the straight and right path,
And InsyaALLAH you will never get ‘virus’ ^_^

salam ramadhan ^ ^

ahlan wasahlan ya RAMADAN al-mubarakah
JOM KITA....

DELETE semua FILE kebencian
INSTALL anti-virus egonisme
RESTART kehidupanmu dgn kasih
REFRESH peribadimu
DOWNLOAD kesabaran
UPLOAD tingkahlaku yg benar
Jgn meng-'UNDO' pengalaman buruk
COPY & PASTE semua pengajaran & ilmu yg baik
Jgn TURN OFF slgi mmpu utk hidup :)

malam penutupan BPI ^ ^

salam sume..
maaf laa cik iera xsmpt nk hupdate belog..
mmg siyes busy skg..haha..mcm laa perdana menteri an. :p
mlm smlm ipg cik iera ade mjlis kemuncak bulan penghayatan Islam 2011.
kumpulan devotees dtg tuk meriahkan lagi pr0gram tersebut. best~ ~
ade cabutan bertuah tp cik iera xdpt pn.hee.
cik iera busy agpn.jdik ajk mknan.sediakn tmpt tuk lecturer n devotees nk mkn an ^ ^
tema mjlis mlm 2 kontemporari ~






bye bye bye . salam .


cik iera menaip



gotong-royong laa

hye hye hye & salam !

arini cik iera bgn awl . sbb ade gotong royOng kt blok ~
gtong roy0ng start kul 7.30 pg td .
ngantok !! mne x nye., waktu pg2 cmnie cik iera msih lena d ats katil yg empuk 2 taww.haha. : D
pas dah settle b'gotong r0yong td, ade mkn2 ckit.
dpt laa mkn nsik lemak + air sarsi . best best ^ ^
xlaa lme pn,kjp je.yeahh.blok da bersih..BERSIH ?? jgm pk bukan2.HAHA :p




bye bye bye


cik iera menaip d kala kesunyian : p

program mkn buah

salam tO all readers belog including silent readers !

arini kt mktab cik iera ade wat pr0gram mkn buah..buah ape ??
ade buah DURIAN, RAMBUTAN & MANGGIS . best best best ~
puas aty dpt mkn taww.so happy because we enjoy eating the fruit so much laa ^ ^




bye bye bye !


cik iera curik mse tuk menaip :)

no idea

salam u olls ~

cik iera busy btol beberapa hari nie taw x.
busy ngn kelas gantinye + assgnmnt + peresentation..wawawa..
macam-macam laa ktekn.adeihh.penin..penat..letih..
mmg trase kelas yg begitu padat..




bye bye bye


cik iera menaip tatkala mata suda mengantuk 

orang PEREMPUAN suka cakap mcm nie

FINE

Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan
pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena
diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran
rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai -
hanya akan membawa anda berdua bergaduh. 

LIMA MINIT 

Ini
sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang
perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke
luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang. 

TAKDE APA-APA 

Ini
bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini
melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat
dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang
akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'. 

PERGILAH! (dengan kening terangkat) 

Ini
adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan
'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening
biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab
saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam
beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan
bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah
sejuk. 

MENGELUH YANG KUAT 

Ini sebenarnya bukanlah
perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum
lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang
yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia
menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE
APA-APA'. 

MENGELUH YANG PERLAHAN 

Lagi sekali, ini
bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia
berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat
sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas. 

OKAY LAH 

Ini
adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat
kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum
dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya.
'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang
Terangkat'. 

BUAT LAH 

Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar. 

TOLONGLAH 

Ini
bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi
anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa
yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan
kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'. 

TERIMA KASIH 

Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama. 

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK 

Ini
banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan
ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang
anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH
YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas
'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'
.

lelaki x setia ?? O.o

salam sume !!

cik iera nk kongsi ngn readers sume.sebenarnye x semua lelaki ni tidak setia.
ia bergantung kpd perangai atau tabiat seseorg itu. menurut kajian, hampir 78%  lelaki tidak akan berkahwin dgn teman wanita pertama mrk. namun begitu, golongan lelaki yg tidak setia sebenarnye terlalu mementingkan diri sendiri dan takut menerima takdir hidup mrk sendiri . . :))

on nO ! pengalaman btol ~

salam sume readers belOg . jgk kepada all silent readers~ 

pg td ade larian 1murid 1sukan 1malaysia . fuhh . mmg pnt laa . cik iera bkn suke lari2 ney . hehe . :p
tp kehadiran wajib s0, pegi jgk laa walaupun sifat malas melanda diriku~
pendaftaran kul 6.45 . siyess . ramai btol org pg td . sesak .adeihh . =_='
cik iera tggu je event mule.ade senamrObik,dan event2 laen mcm bola jaring,bola tampar. cik iera prefer tuk masuk menonton game itu sahaja okiee. HAHA .

pg2 lagi lps senamrobik, ktorg kne lari. cik iera bwk spectacles tp xpkai tyme lari.sngkut kt baju je.
cube k0rg guess what happen.yess.bt0l.my spectacles t'cicir la pulakk.wuwuwuwu +_+ (cdey giler tyme 2)
nmpk ajk pr0gram aka abg seni0r . gtaw dye n minx tlg crikkn.rsw bt0l.mcm2 terpikir tyme 2.spek pecah la,kne pijak laa,..aduyai~

but, ALHAMDULILLAH . luckily abg 2 jmpe jgk my spek. kt pdg ?? okiee.mesti jatuh tyme first2 lari 2. pasni janji xwat mcm 2 da. igt kne buat spek mata bwu da. :p
 pengalaman..pengalaman ~~ huhu

spectacles yg tercicir itu.hehe.

syg spectacles saye . igt xjmpe awk da . :p


bye bye bye


pot pet pot pet cik iera 

bwu taO !

salam sumer !

mse cik iera cbok blOgwalking , cik iera bce entry kt bl0g org ney kn. klik SINI . omg. N0RA ELENA adik SAM bunkface. ?? ye kerr ?? O.o
aah laa.okiee.finee.cik iera bwu taO.mmg ketinggalan zaman keretapi bt0l laa.ahaha. : D

sana sini bercerita psl cte ney kn kn ?

lelaki suke kaler hitam !!

hye hye !!


cik iera nk k0ngsi sikit inf0 dgn k0rg sume . .
 lelaki or guys ney kn suke pakai pakaian warna hitam sbb bg dye0rg mudah, 
x mudah k0tor dan last skali nmpk bergaya ~~ * wink wink*
mmg laa kn..bak kte rain : hitam nmpk kemas ~ ^ ^
guys jugak b'anggapan warne hitam adalh warne selamat dlm berpakaian. 
k0rg nk ta0 x ??? 
klu k0rg nk ta0 kn.., setelah cik iera wat kajian.,haha.yelaa 2 kn..xlaa..d peroleh dr sumber yg blh d percayai..
" hampir 89 % lelaki d malaysia suke memakai pakaian berwarne hitam sbg pakaian harian mereka..! "
smart ke  x lelaki pkai wne itam ?? jika setuju ngn statement 2 angguk-angguk kpale anda sbg tande setuju.hehe. :p






bye bye bye






                                pot pet pot pet cik iera

lelaki cepat lapar ??

salam yaa !

cik iera dpt inf0 ney melalui majalah kesayangan laa..majalah remaja.hehe.
lelaki  mudah lapar berbanding perempuan.? Jawapannya Ya !!
Oleh sebab itulah kuantiti makanan mrk 2 kali ganda lebih daripada perempuan.
Hal ini terjadi kerana lelaki mempunyai kuantiti hormon lebih drpd perempuan.
Dr segi xtvt harian yg d lakukan jgk , lelaki m'gunakan lebih byk tenaga berbanding perempuan.
Slh satu sbb lainnya ialah perempuan terlalu berhati-hati dgn kuantiti mknan yg d ambil krn takut berat bdn mrk cepat naek. :p
pt0tla cik iera slal0 tgk bdk laki mkn byk.hehe. :D

result ohh result

salam readers sume ^ ^

td cik iera 0n9 fb.,ps2 nmpk status kwn ckp result b0le cek da mlm ney..
s0, cik iera sepantas kilat terus dgn tidak sabar n gelabahnyee check result secara 0n9..ayat skema tuhh.haha
alhamdulillah cik iera lulus..aminn..naseb baek xgagal..siyes cik iera berdeb0r bt0l tyme cek td. :p
bersyukur sgt rase..
Ya Allah,..aku bersyukur padaMu krn tlh mempermudahkan urusanku..aminn. :)))

bye bye bye




cik iera ad kls s0k :p

sem 3.yeahh. ~



salam sume.

arini cik iera tlh memulakan sem yg bwu.hehe.cm sr0nok jew an.
arini mule2 nk jmpe dak kls cm segan lak.speechless.haha.sejak ble cik iera jdik pemalu ney.wawawaa : D
yelaa.cuti lme jgk kn.lme ker.???padahal 3 minggu jew k0wt.ehh.ye err??
mcm2 laa.mmandangkn ari first kls an,xd ppe sgtt..just intr0 tuk kls yg akan dtg. :p
setakat ney jew wat ary ney.


bye bye bye


cik iera menaip sbl0m td0 ^ ^

cinta vs suka



Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.





Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.



Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka. 





sumber: artikel i luv islam ^ ^

g sk0la lme ^ ^

hye hye hye

ari selasa baru2 ney cik iera ngn my twin n kwn2 p sk0la lme..

sekolah sy !


nk amik sijil SPM n jmpe cg2 sk0la dlu..rndu sgt..hee.cm da lme ta jmpe an :p kt0rg g sk0la ngn bas.lbey krg sejam lbey smpai sk0la.
kt0rg smpai awl tp bas yg lmbt.nme je cepat express tp lmbat.HAHA.
*s0ry,terkutuk.hehe.*


mule2 smpai p pejabat dlu c0z nk amik sijil2 sume pas2 g blik guru n then jumpe ckgu2 yg ade .agpn rmai ckgu yg ad klas an. :p

g blik guru . nk jmpe cikgu2 ^ ^


xlupe jgk nk g jmpe guru klas tyme f0m 5 dulu..ckgu trus tye kt0rg ble nk wat reuni0n.msti dye rindu nk jmpe kt0rg sume bdk klas lagi.hee. *ayat pasan lbey* :p
sr0nok sgt dpt jmpe dye0rg.

after dat, kt0rg decide nk blik laa an.g kaunter kt terminal bas n bli tiket bas.

tyme nk bli tiket bas kt kaunter tiket ^ ^


bas ad  kul 2.30 pm , 3.00 pm , 8.00 pm.. bla bla..mse tu jam kul 1.50 pm..kt0rg xmkn n s0lat lagi..igt nk bli tiket kul 3.00..skali xde la pulakk..adeihhh..amik bas kul 2.30 la jgkk..cpat2 kt0rg g s0lat n then mkn dkt gerai b'dekatan terminal 2.

ktOrg mkn nsik ayam :)


pas mkn , kt0rg cpat2 lari tk0wt t'tggl bas.kul 2.25 da ade dpn bas.tgk2 da ad bas mara liner yg kt0rg nak nek 2.. cik iera yg pgg tiket bas kt0rg sume.nmpk s0rg mamat duk dpn bas mara liner tuh.igtkn k0nduktor bas. cik iera ngn muka xley bla trus hulur tiket bas kt dye.dye pndg cik iera cm muka blurr je.tp xckp pe pn.cik iera ngn muka xbersalah trus wat xta0 n jln...lps 2 nmpk k0nduktor bas yg bt0l dtg.haha.slh 0rg upenyer.malu malu.cik iera malu tahap 9/10 laa. HAHHAHAHA :DD

mamat tuh xckp ppe pn mse 2.just tgk ngn muke dye yg blurr 2 jew.adeihh.malu bt0l.haha.mamat 2 cm 0rg indon jew.haisshh.sesuke aty jew cik iera ney describe 0rg an. :p

pengalamn bet0l laa.haha.geli aty ble teringat blik.pdn muke cik iera sbb xpastikn bt0l2. :p
okiee.2 jew laa tuk kali ney.






bye bye bye

pot pet pot pet cik iera

kua jln-jln . .



salam sumer pembaca belog sekalian.. ^ ^


cik iera xsmpt nk update bel0g tersyg c0z cik iera bru baek dr demam.xlrt nk update.
baru2 ney cik iera ngn kwn2 kua g jln2 n bli brg..ari sabtu yg lepas..mula2 kt0rg g EC Mall.tgk wyg laa.hehe.cte KL Gangster.actually kwn baek cik iera yg nk sgt tgk cte 2.lyn jew laa.tp an best jgkk cte 2.lagi2 tyme ade zizan.lwk bt0ll.HAHA.:D


KL GANGSTER mengisahkan cerita hitam dua beradik;Malik dan Jai yang telah terjebak dalam dunia gangsterisme.Malik (abang Jai) telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark,anak tiri King iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.Setelah dibebaskan,Malik bertekad ingin berubah serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Malik menjalani rutin kehidupan seperti orang biasa yang lain sambil menjaga ibunya yang sudah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengannya sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malik memulakan kehidupan baru.

King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malik dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL.Berlainan pula dengan kehidupan adiknya Jai yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang tetapi dengan kemunculan Malik,Shark terasa tergugat dan tercabar.




lunch kt rasaMas..pastu lepak2 kt teluk cempedak aka TC..smpt laa jgk bergambar.hehe.


kt tc







bye bye bye


cik iera membebel..

hak milik cik iera