Bukit Tinggi, Pahang :)


my lovely family. hiksss


kte dgn kembar kte la . hehe


posing kejap ye


a moment to be remember. nice view ye dak?hihi >.<


Jadikan HARI INI lebih baik dari SEMALAM :)




"Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!"


Klik Banner



Senarai hadiah untuk dimenangi:
  •      Hadiah Utama          : 20 x keychain Eiffel Tower
  •      Hadiah Sampingan  : 3 x poskad Eiffel Tower
  •      Hadiah Saguhati      : 3 x maps Paris 2014


Syarat2 penyertaan:

  •      Follow blog JINDRISSKA ni. (Kalau dah follow, skip je syarat ni.)
  •      Buat satu entry khas bertajuk "Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!" , letak banner, copy syarat2 penyertaan ni dan backlink ke blog JINDRISSKA.BLOGSPOT.COM.
  •      Wajib tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger, dan inform diorang. (Kalau kawan tuh dah di-tagged, janganlah tag diorang lagi. Kesian diorang dapat notification banyak2. Heheheh.)
  •      Lastly, letakkan link entry korang dalam ruangan komen kat blog JINDRISSKA ni. (Jangan letak tempat lain plak, hehehe)
  •      Siap!










Untuk AWAK yang bergelar gadis :)

mashaAllah comel nya awak ,
subhanallah cantik wajah awk ,
tapi seribu kali sayang ,
awak letak harga diri awk ,
kat tempat yg tidak sepatutnya ,
awak jadi makwe dia , dia dan dia ,
awak b'manja dgn dia , 
awak b'gembira dgn dia , 
awak b'gedik dgn dia , 
awak selalu jumpa dia , 
awak selalu dgr kn suara awak utk dia ,
nanti bila sampai masa ,
lelaki (dia) tu pun dah puas dgn awak , 
then bila dia dah puas , 
dia layan awak macam nak x nak je , 
akhirnya dia putus dgn awk ,
lepas dia putus dgn awak ,
awak pun keseorangan , 
bile keseorangan ,
ade lelaki lain plak yg dtg dlm hidup awk ,
b'mula laa kisah awak dgn si dia yg baru ,
awak pun b'manja dgn si dia , 
awak b'gembira dgn dia , 
awak b'gedik dgn dia , 
awak selalu jumpa dia , 
awak selalu dgr kn suara awak utk dia ,
lepas lame berhubung ,
sampai laa masa lelaki tu puas dgn awak , 
bile dia puas dgn awak , 
dia cari perempuan lain plak ,
awak keseorangan lagi ,
dan begitu laa seterusnya ,
sehingga sampai lah masa ,
utk awak menjadi isteri seorang lelaki ,
apa yg suami awak dpt ?????
kemanjaan dlm diri awak ??
ia sudah lame dinikmati lelaki lain ,
kecantikkan diri awak ??
pun sudah lame dinikmati lelaki lain ,
lenggokan suara awak ??
juga sudah lame dinikmati lelaki lain ,
b'mesra b'sentuhan dgn awak ??
ia dah lama basi b'sama lelaki lain ,
habis tu ,
apa bezanya suami awak dgn lelaki yg pernah awak couple ??
hurmm (tarik nafas) ,
bezanya ,
suami awak habis duit sekurangnya 10 ribu , 
suami awak kumpul duit sampai muntah , 
lalu berkatalah suami awak "DIA MILIKKU" ,
sedangkan diri awak ??
sudah lame dimiliki sesuka hati oleh lelaki2 lain ,
kesian laa dkt suami awk nanti :")
pesanan dari saya ,
tak perlu awak promosikan diri awk , 
dgn upload gmbr awak sama ada b'tutup atau t'dedah ,
bukankah nilai harga seorang wanita itu tinggi ??
kerana ,
yang mahal itu sukar dimiliki ,
sedangkan yang murah itu sering b'tukar pemilik..


p/s : sekadar renungan buat insan bergelar gadis

i wish my dreams come true :)



PARIS has many nicknames, like " The City of Love " ..

I wish that I could go to PARIS..
I love to go travel  ;)

I hope that one fine day, my dreams come true. Ameenn..



Eiffel tower . hikss. beli accessories ni je mampu :D



p/s : tak semestinya kita pergi PARIS untuk honeymoon jeee. BUT kalau pergi untuk honeymoon lagi sweet + romantik. awwww :D







SALAM MAULIDUR RASUL 2014


NIKAH KHITBAH :)

Hukum Nikah Gantung

a) Nikah Gantung dalam bahasa arab disebut " NIKAH KHITBAH " dan hukumnya HARUS .

b) Nikah Gantung bermaksud pernikahan diantara pasangan pengantin yang tidak duduk serumah dalam satu - satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua - dua belah pihak . Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan .

c) Nikah Gantung juga mengadakan “ Majlis Akad Nikah “ yang harus mereka
ikuti sebagaimana perkahwinan biasa dilakukan .

d) Syarat SAH Nikah di dalam rukun – rukun perkahwinan seperti suami , isteri , wali , saksi , dan akad (Ijab Kabul) dan juga mas kahwin perlu ada untuk syarat sah nikah .

e) Nikah Gantung menangguhkan “ Majlis Kenduri Kahwin (WalimatulUrus) “ dan penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut kadang – kadang menjangkau bertahun – tahun lamanya



Sebab – Sebab Biasa NIKAH GANTUNG dilakukan

l ) Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti SEWA RUMAH , PAKAIAN dan sebagainya .
ll) Pasangan yang masih lagi Belajar dan Menuntut .
lll) Belum bersedia memberi Komitmen sepenuhnya didalam menunaikan tanggungjawab berumah tangga .

Setelah majlis Akad Nikah berlangsung , kedua – dua pasangan harus tinggal berasingan sehingga benar – benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Suami Isteri . Pada kebiasaan pasangan ini akan tinggal di rumah ibu bapa masing – masing .

Tujuan utama “ Nikah Gantung “ ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya Perzinaan dan Lahirnya Anak Luar Nikah . Setelah kedua – dua pasangan ini melalui nikah gantung , mereka boleh bertemu , berdating dan bermesra . Malah jika melakukan sek pun sehingga melahirkan anak ia tidak salah dan tidak haram . Anak yang mereka melahirkan itu adalah “ SAH “hukumnya .

Walaupun mereka Nikah Gantung , mereka adalah pasangan suami isteri yang SAH di sisi Agama Islam dan undang – undang Kerajaan Malaysia .


Wallahua’lam..







hak milik cik iera