laut..0r sea.. ^ ^
langit..or in english we called it sky..heheh~ :D
awan.. :)
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata 'aku cinta padamu' ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan.( sbb tue la wak2 senja jer langit warne merah2 oren..huhu..) Suatu hari, datang awan..
Sebaik melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh cinta pandang pertama terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara (penat otak berpkir..) dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah2 di antara langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.
Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa terseksa dengan rasa cintanya yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.( sbb tue la hujan turun k0wt...huhu..)
Hinggalah sekarang,kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mane ade satu garis di antara laut dan langit,di situla mereka berpacaran...(dating la tue..)
Moral: Jgn jd sprt awan y m'bina kebahagiaan d ats derita insan y lain.. OK..?? :)
No comments:
Post a Comment