Sinopsis
Siri Kembar Terpilih yang ketiga ini memuatkan kisah bagaimana Misha dan Marsha daripada keturunan dukun terbilang mula bertudung. Selain itu, ibu bapa mereka yang disangkakan sudah meninggal dunia rupa-rupanya bersembunyi di satu tempat terpencil. Hanya nenek kembar itu iaitu Hajah Eton yang tahu rahsia itu. Marsha meminati Farid tanpa mengetahui Farid adalah daripada keturunan pawang yang bermusuhan dengan dukun terbilang. Bapa saudara Farid sedang memburu kembar terpilih kerana mahu menghapuskan waris Rubiah sebelum mereka menjadi benar-benar berkuasa.
Sinopsis
Mimi memiliki segala-galanya. Kekayaan, kecantikan serta bakat yang serba boleh membuatkan dirinya sering mendapat perhatian di sekolah. Namun kelebihan yang ada itu tidak mampu mengungkapkan sebuah kebahagiaan kerana hubungan keluarga yang tidak sempurna. Kebahagiaan Mimi dicari bersama rakan sebayanya iaitu Iskandar dan Taufiq. Kehadiran Amir Amran pula memberi tamparan hebat kepada persahabatan mereka.
Sinopsis
Mengisahkan tentang kehidupan baru Adilah Arifin di sekolah berasrama selepas bertemu semula kawan lamanya semasa bersekolah rendah dahulu. Adilah yang pada mulanya gagal menyesuaikan diri dibantu oleh rakan barunya Reen dan Izham. Selain itu, hubungannya dengan ibu kandungnya juga tegang apabila dia mengetahui yang bapa tirinya adalah bekas tunang gurunya.
Prestasi pelajarannya yang juga mengecewakan membuatkan Adilah bertambah tertekan. Namun, dengan dorongan Mama Zai dan rakan-rakannya, Adilah berusaha mengatasi masalahnya di sekolah itu.
SINOPSIS: "Dunia penulisan sesuatu yang istimewa. Terima kasih kerana membawa saya bersama. Teruskan berkarya." - Amy Mastura Indahnya hidup ini sekiranya kita dapat apa yang kita impikan. Yazmin hendak buka salun. Tetapi dia minat juga hendak jadi doktor bedah. Jadi saintis pun seronok juga. Ataupun buka 'nursery' di depan rumah. Apa perasaan sekiranya terpilih jadi ratu cantik dunia? Dapat juga berbakti pada anak-anak yatim dan orang kurang upaya. Tentu hebat! Aman dunia! Tiba-tiba ada seorang lelaki kacak yang hadir dalam hidup Yazmin. Dia bukan putera katak cuma guru biasa. Namun, Yazmin bahagia dengan kehadirannya. Yazmin, bila hendak berhenti berangan!
P/S: Ney adalah antare k0leksi n0vel y aq ad..klu nk taw lg byk..juz klik sini ya..!!
No comments:
Post a Comment