"Kisah seekor monyet yg berada di pokok kelapa, tiba2 datang angin kencang yg cukup kuat, lantas si monyet itu berpegang sepenuh kekuatannya utk berpaut kpd pokok kelapa, dan ia terselamat dari jatuh..Selepas itu, datang angin sepoi2 bahasa, lembut, nyaman yg membuatkan si monyet tadi mengantuk dan terlelap, lantas terlepas tangannya, akhirnya jatuh lah ia ke tanah.."
PENERANGAN ANALOGI:
Dalam kehidupan kita, kita sentiasa merungut dengan ujian dan musibah yang berat selalu menyusahkan hidup kita, dan kalau boleh ingin sentiasa dalam kemewahan dan kesenangan..
Ingatlah, ujian/musibah/dugaan yg datang itulah yg akan menyebabkan kita lebih kuat dan tabah dalam kehidupan..
namun jika yg ada hanyalah kemewahan dan kesenangan, pasti kita akan hanyut/tenggelam dalam kenikmatan, malah tersungkur dek kealpaan dan kelalaian kita sendiri..
Wallahu'alam.. ^ ^
No comments:
Post a Comment