FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan
pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena
diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran
rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai -
hanya akan membawa anda berdua bergaduh.
LIMA MINIT
Ini
sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang
perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke
luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
TAKDE APA-APA
Ini
bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini
melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat
dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang
akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.
PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini
adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan
'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening
biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab
saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam
beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan
bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah
sejuk.
MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah
perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum
lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang
yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia
menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE
APA-APA'.
MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini
bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia
berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat
sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.
OKAY LAH
Ini
adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat
kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum
dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya.
'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang
Terangkat'.
BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.
TOLONGLAH
Ini
bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi
anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa
yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan
kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.
TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini
banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan
ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang
anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH
YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas
'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.
5 comments:
sangat tepat! ehhehehe
kn kn kn ?? :))
salam...
oooo camtu rupanya huhuhu
double meaning sungguh sifat perempuan nikan, tapi ni rasenye perempuan yg emosi dan pendiam kot, kalau jenis outspoken mcm mane plak? he, thanks sharing.
fiq: tataola.just share jewp :p
Post a Comment