RINDU
"Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah MERINDU dan cemburu."
cinta dan RINDU...~
tak dapat di pisahkan....
TAPI ,
Ya ALLAH... RINDU ini tidak halal...
Bila RINDU kembali menjengah diri,
Ku tatap gambar wajah mu,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa hatiku makin sayu,
Begitu terasa mataku makin pedih,
Begitu terasa pipiku mudah dibasahi hujan...
Adakah ini rasa ini ‘cinta’?
Atau ianya adalah ‘petaka’? ,
kerana RINDU ini RINDU yang memusnahkan,RINDU ini RINDU yang mencemarkan,
Kerana RINDU ini RINDU yang tidak halal untukku,
Kerana RINDU ini boleh mengundang dosa.
Dahulu,
Jika RINDU yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.
Kini,
Jika RINDU yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahu rasa ini,
Aku tak mahu RINDU ini,
Aku tak mahu RiNDU yang tak halal ini...RINDU ini yang telah melalaikanku dari mengingati-Mu,RINDU ini yang menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,RINDU ini yang membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,RINDU ini yang membinasakan cinta suci hamba-Mu.
Rabbi,
Jangan kau benarkan RINDU ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.
Rabbi,
Jangan kau biarkan RINDU ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.
Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari ‘petaka’ RINDU ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
so, cepat-cepat lah membesar, dan nikah.semoga diberikan jdoh yang semulia hendak ya....amin.^^
Post a Comment