1) Bangunlah segera untuk melaksanakan solat, apabila mendengar azan walau bagaimanapun keadaanmu.
2) Baca, telaah dan dengarkanlah al-Quran, berzikirlah kepada Allah dan janganlah mengisi masamu dengan perkara yang tidak berfaedah.
3) Bersungguh-sungguh dalam mempelajari bahasa arab supaya boleh bertutur dengan fasih.
4) Jangan memperbanyakkan debat dalam percakapan kerana ianya tidak mendatangkan kebaikan.
5) Jangan terlalu banyak ketawa, tapi perbanyakanlah zikir kerana hanya dengan itu hati akan tenang dan aman.
6) Jangan suka bergurau kerana umat yang berjihad akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.
7) Jangan meninggikan atau mengeraskan suara kerana boleh mengganggu dan menyakiti.
8) Jauhilah ghibah (mengumpat) atau menyakiti hati orang lain. Berbicaralah dengan baik.
9) Berkenalan dan bergaullah dengan sesama manusia kerana asas dakwah adalah saling mengenali dan berkasih sayang.
10) Menolong saudara memanfaatkan waktu dan berusaha menyelesaikan sesuatu dengan cepat.
sama-samalah muhasabah diri :)
2 comments:
insyaAllah, amin :) moga2 dpt jadi yg lebih baik
inshaAllah diamalkan..
mudah2an kita sentiasa upgarade diri kita mjadi lebih baek :D
Post a Comment